Insentif khas RM500 untuk 81 anggota Pasfa

Menurut Zulkifli, insentif khas itu diharapkan dapat meringankan beban anggota Pasfa.

Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) meluluskan insentif khas persekolahan 2020 untuk anak-anak anggotanya.

Seramai 81 anggota layak menerima insentif itu yang berjumlah RM500.00.

Pengerusinya, Zulkifli Mohamed, berkata, keputusan itu telah diputuskan dalam mesyuarat AJP baru-baru ini.

“Mesyuarat AJP Pasfa yang terakhir untuk 2019 baru-baru ini telah meluluskan insentif khas persekolahan 2020 sebanyak RM500 untuk anak-anak anggota Pasfa.

“Agihan akan dilunaskan selewat-lewatnya pada Januari tahun depan,” katanya kepada Timur Daily.

Menurut Zulkifli, insentif khas itu diharapkan dapat meringankan beban anggota Pasfa.