Jaga kebajikan, hak peniaga Kuantan Parade – Ahli Parlimen Kuantan

Beliau menegaskan bahawa perlu melindungi pemilik lot kedai di mana rata-rata mereka adalah dari kawasan Kuantan dan pihak pengurusan perlulah bersifat profesional serta tidak mementingkan diri semata-mata.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menegaskan bahawa undang-undang harus digunakan untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

Berdasarkan hantaran Facebook Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu, ia merujuk kepada isu antara pemilik lot kedai atau peniaga dengan pihak pengurusan Kuantan Parade.

Beliau yang dijemput sebagai pemerhati dalam AGM bersama Badan Pengurusan Bersama Kuantan Parade (JMB) itu mendedahkan bahawa kompleks membeli-belah di Bandar Kuantan itu kini dimiliki sepenuhnya oleh pemilik dari Singapura.

“Saya menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dan memberikan sedikit ucapan selepas mendengar luahan dari kedua-dua belah pihak.

“Saya menekankan bahawa walaupun pemilik Kuantan Parade ini sudah bertukar, namun kebajikan dan hak pemilik lot kedai ini perlulah diambil kira dengan situasi menang-menang,” petik hantaran itu.

Beliau menegaskan bahawa perlu melindungi pemilik lot kedai di mana rata-rata mereka adalah dari kawasan Kuantan dan pihak pengurusan perlulah bersifat profesional serta tidak mementingkan diri semata-mata.

Bagaimanapun, beliau tidak berhasrat untuk melihat undang-undang digunakan untuk melindungi kepentingan sebelah pihak namun ia harus digunakan untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

Beliau juga berharap AGM itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.