YB Fuziah Salleh santuni remaja jatuh motosikal

KALAU dah namanya seorang IBU dan WANITA perasaan kasih sayang, simpati, mudah bimbang dan ingin tahu, sama sekali tidak dapat disembunyikan daripada merajai hati.

Itulah yang ditonjolkan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Fuziah Salleh.

Perkongsian seseorang ke inbox admin menunjukkan Ahli Parlimen Kuantan itu menyantuni remaja yang jatuh motor di jalan utama di Pantai Sepat dekat sini, petang kelmarin.

Menurut sumber, sekumpulan remaja konvoi bersama rakan-rakannya dari arah kampung Pantai Sepat menuju ke bandar sebelum mengalami kemalangan berdekatan kediaman YB.

Melihat kemalangan itu, YB Fuziah yang sedang mengadakan perbincangan menghentikan seketika perbincangan lalu segera keluar dan bertanyakan khabar remaja tersebut untuk dibantu.

Fuziah Salleh (dua kanan) menyantuni sekumpulan remaja yang sedang konvoi ke arah bandar. Salah seorang daripada mereka jatuh motosikal berdekatan kediamannya.

Tiada kecederaan serius berlaku hanya sedikit calar pada motosikal

Lucunya remaja remaja tersebut tidak mengenali YB tetapi beramah mesra seperti saling kenal dan apabila disebut insan prihatin yang sedang menyantuni mereka ialah seorang Timbalan Menteti Di Jabatan Perdana Menteri, mereka terpinga2 dan gembira sambil mengucapkan terima kasih YB.

Tahniah YB. Meskipun dihimpit pelbagai kata kata netizen, sisi peribadi YB sebagai ibu dan wanita mencerminkan kemurnian sejati.