PM pangku jawatan Menteri Pendidikan

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri tengah hari ini, ia hanya buat sementara waktu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri memangku jawatan menteri pendidikan yang dikosongkan ahli akademik Maszlee Malik pada minggu lalu.

Malaysiakini melaporkan, bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri tengah hari ini, ia hanya buat sementara waktu.

“Keputusan ini berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 dan Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga menteri pendidikan yang baharu dilantik,” kata kenyataan itu.

Maszlee kita mengumumkan peletakannya itu minggu lalu berkata beliau “memulangkan” jawatan itu kepada Mahathir yang dirujuknya sebagai “ayahanda”.