Kenyataan MP Kuala Nerus jumud, kuno

Malaysia kini menuju ke arah negara maju tanpa tunai seiring negara Asia Tenggara yang lain tetapi Khairuddin masih berada di tampuk pemikiran 20 tahun ke belakang.

Merujuk pada kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, data sistem eWallet tidak selamat adalah satu kenyataan yang jumud dan bersifat kuno.

Malaysia kini menuju ke arah negara maju tanpa tunai seiring negara Asia Tenggara yang lain tetapi Khairuddin masih berada di tampuk pemikiran 20 tahun ke belakang.

Untuk pengetahuan Khairuddin, Boost merupakan satu perkhidmatan dibawah Axiata Group Berhad dan Touch N Go merupakan pemegang saham daripada CIMB Group Holdings Berhad, MTD Equity Sdn Bhd dan PLUS Malaysia Berhad.

Kedua-dua perkhidmatan ini adalah dibawah Khazanah manakala Grab Pay pula pemegang sahamnya juga Khazanah.

Jika diukur dari kenyataan Khairuddin, kesemua data pengguna syarikat telekomunikasi di bawah Axiata Groups dan pemegang akaun CIMB Bank adalah tidak selamat.

Kesemua perkhidmatan ini dipantau dan terikat di bawah terma dan syarat Touch N Go, Boost serta Grab Pay, iaitu setiap data yang diterima tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Akta berkenaan mempunyai 7 prinsip dan dua daripadanya adalah prinsip keselamatan (tak boleh disalahgunakan) serta prinsip penyimpanan (data tak boleh disimpan melebihi tempoh yang ditetapkan).

Adalah lebih baik Khairuddin menasihati Kerajaan Pas Negeri Terengganu supaya melunaskan janji-janji manifesto PAS pada PRU14 yang lalu daripada terus mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan angkuh.

Kedua sifat ini dibenci oleh Allah dan Rasul.

Omar Tuah
Mahasiswa Amanah Terengganu

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.