Kerana tumpahan bijih besi, lima kereta terbabas

Berdasarkan gambar yang dikongsi netizen, kesemua kenderaan mengalami kerosakan namun tiada laporan mengenai status mangsa.

Tumpahan bijih besi di atas jalan Gebeng dari Kemaman menghala Kuantan menyebabkan lima buah kenderaan terbabas.

Berdasarkan gambar yang dikongsi netizen, kesemua kenderaan mengalami kerosakan namun tiada laporan mengenai status mangsa.

Pihak polis dan pasukan bomba yang segera ke lokasi kejadian berjaya mengawal keadaan.

Tumpahan bijih besi telah dibersihkan oleh pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Gebeng.

Mana-mana pihak yang terlibat terutama pemilik bijih besi berkenaan perlu bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.

Pihak berkuasa terlibat pula perlu mengambil tindakan agar nasib mangsa terbela dan kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.