Hanya 3,000 peniaga Pahang daftar SIRIM

Dalam perkembangan lain, Mazlina berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya mendapati senario para peniaga di negeri Pahang adalah tidak mempraktikan kerjasama yang meluas.

KUANTAN – Hanya kira-kira 3,000 daripada 50,000 peniaga di negeri ini yang mendapatkan cop dan perkhidmatan SIRIM.

Pengarah SIRIM Mazlina Manshor berkata, jumlah itu mencatatkan peratusan kecil sedangkan manfaat diperoleh peniaga jika berdaftar SIRIM, amat besar.

“SIRIM ibarat lambang dan kualiti sesuatu produk. Mana-mana produk atau perkhidmatan yang ada SIRIM, dikenali ramai sebagai yang berkualiti. Kita melihat mana hala tuju mereka supaya boleh pergi ke pasaran lebih besar.

“Perkhidmatan SIRIM bukan sahaja dari segi pembungkusan dan pelabelan, tetapi juga kita bimbing usahawan supaya produk dan perkhidmatan ditawarkan mencapai standard tertentu,” katanya pada sidang media Karnival Raja Sehari 2020 di Kuantan Parade di sini, hari ini.

Dalam karnival tersebut sejumlah 34 usahawan kalangan pengusaha perniagaan butik pengantin, jurusolek, katering, syarikat percetakan dan produk  berkumpul di bawah satu bumbung bagi mempromosikan perkhidmatan masing-masing.

Mazlina (tiga belas dari kiri) bergambar bersama pengusaha butik dan perancang perkahwinan serta model fesyen show di Karnival Raja Sehari di Kuantan Parade semalam

Dalam perkembangan lain, Mazlina berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya mendapati senario para peniaga di negeri Pahang adalah tidak mempraktikan kerjasama yang meluas.

“Saya baru balik dari Hatyai dan amat kagum dengan tempat berniaga mereka yang tidak gah spt tapi puluhan bas pelancong datang untuk sokong produk mereka. KEnapa di Pahang tak boleh buat.

“Ada yang berniaga dalam bot dan kedai mereka tidak lawa tapi ramai pengunjung. Di Pahang ada bengkel cantik tapi tak ramai orang. Kenapa situasi ramai pelancong di kedai tak lawa tidak berlaku di tempat kita? Peniaga kita tak bersatu hati.

“Mereka jual produk yang sama kat pasar sampai ada pergaduhan. Usahawan sebenarnya tidak boleh berniaga seorang perlu ramai-ramai. Apabila buat karnival tengok pengunjungnya ramai,” katanya di hadapan lebih 200 tetamu karnival tersebut.

Mazlina turut menyeru pelanggan dan peniaga sama sama melihat persaingan industri secara positif dan menilai perniagaan lebih kompleks sebagai peluang persaingan yang bagus supaya peniaga meniningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.