“Permata pantai timur”- Zizan Razak puji 3 jejaka popular, beri bayangan ada gandingan!

Ini terbukti, karya mereka seperti Drama Spontan sudah mendapat tempat dihati netizen. Bagaimanapun, menerusi perkongsian foto daripada Zizan Razak turut menerima pelbagai maklum balas ramai.

Menerusi Instagram, pelakon, pelawak dan penyanyi terkenal, Zizan Razak puji 3 jejaka popular, Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

Menurut laporan Himpunan Cerita Lawak, Bertemu di rancangan Meletop semalam, Zizan Razak bersama tiga jejaka ini sempat mengambil foto bersama dan berkongsikan dilaman Instagram.

Zizan Razak puji 3 jejaka popular

Menerusi posting, Zizan Razak juga meminta untuk peminat dan pengikut menantikan hasil kerja mereka dan ianya seperti memberikan bayangan ada gandingan bersama.

“Hero hero yang akan gegarkan 2020 nanti. Nantikan hasil kerja kami. Dan teruskan doakan buat kami, Amin…,” ujarnya.

Kata pelakon Polis Evo ini, Syahmi Sazli dan Asif Suhaimi serta Yoe Parey merupakan hero yang akan mengegarkan tahun baru 2020.

Sememangnya tiga jejaka ini semakin mendapat perhatian ramai malah laman YouTube Syahmi Sazli juga memiliki ramai subscibers yang kini sudah mencecah 2 juta!

Ini terbukti, karya mereka seperti Drama Spontan sudah mendapat tempat dihati netizen. Bagaimanapun, menerusi perkongsian foto daripada Zizan Razak turut menerima pelbagai maklum balas ramai.

Rata-rata turut berharap urusan mereka dipermudahkan selain menganggap mereka sebagai permata dari Pantai Timur.

“Semoga dipermudahkan segala urusan”

“Kemah keming sek kito…”

Ternyata juga, perkongsian Zizan Razak ini dinantikan peminat dan ia membuatkan peminat merasakan tercapai untuk melihat lebih banyak aksi mereka bersama.

Sumber: Zizan Razak