Bantu maahad tahfiz tiada sumber kewangan

Mohd Fadzli turut menyeru pihak yang berkemampuan dan prihatin untuk membantu maahad tahfiz ini dengan menyalurkan sumbangan melalui nombor akaun 223871000575 (Bank Rakyat).

Aktiviti konvoi motosikal adalah aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang tanpa mengira faktor usia.

Ia tambah lebih berfaedah jika dilakukan sambil melaksanakan kerja amal dan kebajikan.

Penyelaras Parlimen Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, aktiviti sedemikian dapat membuka mata masyarakat umum kepada individu atau golongan sasar yang memerlukan bantuan.

Mohd Fadzli menampal stiker pada motosikal peserta konvoi amal.

“Ride Amal 1.0 kali ini memfokuskan pusat tahfiz dalam Parlimen Rompin yang tidak mendapat dana lain selain sumbangan orang ramai.

“Program ini turut menyumbang sedikit bantuan kewangan daripada ahli kelab dan pihak penyelaras parlimen untuk perbelanjaan operasi madrasah tersebut,” katanya yang turut menyertai Program Ride Amal 1.0 anjuran Drop Gear Rompin Club bersama Anis Motor dengan Kerjasama Penyelaras Parlimen Rompin.

50 peserta konvoi amal merakam kenangan bersama pihak pengurusan dan pelajar Maahad Tahfiz Al-Umm.

Beliau turut menzahirkan harapan agar program amal seumpama itu dapat dirancang dengan lebih baik dan dilaksanakan lagi pada masa akan datang demi menjaga kebajikan masyarakat Rompin khasnya.

Madrasah Tahfiz Al Uum, Pontian, Kuala Rompin terdiri daripada 50 pelajar dan empat orang kakitangan.

Mohd Fadzli turut menyeru pihak yang berkemampuan dan prihatin untuk membantu maahad tahfiz ini dengan menyalurkan sumbangan melalui nombor akaun 223871000575 (Bank Rakyat).