Jangan bicara secara terbuka soal peralihan kuasa

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan, Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali lagi mengulangi pendiriannya yang memberi jaminan untuk menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ikhtiar mengemudi negara terutama mengukuhkan ekonomi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka dan menghormati konsensus yang telah disepakati pada Januari 2018.

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan, Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali lagi mengulangi pendiriannya yang memberi jaminan untuk menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ikhtiar mengemudi negara terutama mengukuhkan ekonomi.

“PH dan Tun Dr Mahathir telah berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses transisi seperti yang dipersetujui.

“Maka sewajarnya kita turut menghormati keputusan tersebut agar ianya berlaku secara aman dan teratur,” petik kenyataan itu.

Isu peralihan kuasa kembali hangat diperkatakan selepas PH tewas di PRK Kimanis, baru-baru ini.

Tun Dr Mahathir dipersalahkan sebagai punca kekalahan dan beberapa pihak menggesa proses peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dipercepatkan.