Dari Little Miss Malaysia ke Asia

KUANTAN – Little Miss Malaysia 2020 yang terbesar dan julung kali diadakan di Malaysia baharu sahaja melabuhkan tirainya.

Majlis gilang gemilang yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Teluk Sisek Kuantan itu membariskan 64 peserta model cilik yang memperagakan busana mempesona, di samping 64 pereka fesyen dan 64 jurusolek seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan Razman Production, Mohd Razman Ghazali berkata,  kesemua 192 peserta ini bertanding mengikut kategori maaing-masing dengan diadili tiga juri profesional.

“Sebanyak empat kategori dipertandingkan melibatkan jumlah keseluruhan tunai RM14,000 iaitu; kategori designer/jurureka; kategori Make Up Artist; Little Miss A dan Little Miss B.

“Alhamdulillah majlis mendapat sokongan padu. Dewan dipenuhi lebih 1,000 tetamu dan saya sangat bersyukur kerana keputusan yang dibuat oleh ketiga tiga juri profesional yang diundang telah mendapat maklumbalas positif daripada ibu bapa,” katanya yang menjalankan perniagaan itu secara usahasama dengan isteri Elta Surya Putri Herman.

Razman berkata, untuk menjayakan Little Miss Malaysia 2020 beliau telah membelanjakan keseluruhan hampir RM65,000 termasuk hadiah tunai keseluruhan RM14,000 beserta sijil dan piala.

Bagi tempoh rancangan jangka panjang Razman berkata, program ini akan diteruskan di musim  kedua di negeri lain seperti Kuala Lumpur sebelum diangkat ke persada dunia iaitu Little Miss Asia.

“Little Miss Asia akan mengumpulkan juara Malaysia, Thailand, Indonesoa, Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu bumbung peragaan dan di situ kita akan mengangkat little miss cilik.

Penaja utama Emas Ariffin Sdn Bhd klyang merupakan kedai emas terbesar di Pantai Timur selain
Doublexctive
DSK
Sunshine cosmetics
ASE ENTERPRISE
ABEGRAPHY
NURAIMANAZIZ BOUTIQUE

NAC COSMETIC
Nac catering
Adeq catering
Zack catering
Pari pari scarf
Richme sexy cosmetic
Mc event management
Terlior cafe
Empire Lavida magica
Jelitawan negara
Gie azmi
Al qasr boutique
Dahlia jasmin management
Dblazzzed academy
Ratu crown malaysia
Bliese
Asri bridal
Andak chinta chandurie
EE SOLUTION
RS PERFUME
NURQASEH SPA BRIDAL
ES PUTRY ENTERPRISE
TWINLIGHT BRIDAL GALLERY

Tamat