Ahli Parlimen Indera Mahkota Bantu Kanak-Kanak Pesakit Kanser

Kanak-kanak berkenaan, masing-masing How Chien Yee, 9, dan Phua Jay Kit, 6, mengidap penyakit leukimia sejak kecil serta masih menerima rawatan.

Dua kanak-kanak pesakit kanser di Taman Shahzan dekat Indera Mahkota, Kuantan menerima kunjungan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah dan isterinya, Datin Norlin Shamsul Bahri.

Kanak-kanak berkenaan, masing-masing How Chien Yee, 9, dan Phua Jay Kit, 6, mengidap penyakit leukimia sejak kecil serta masih menerima rawatan.

Kunjungan Menteri Luar Negeri bersama isterinya itu ternyata menceriakan kedua-dua kanak-kanak berkenaan dan ahli keluarga mereka yang bakal menyambut Tahun Baru Cina.

Mimi Faizah Lee Abdullah, 45, nenek kepada How Chien Yee sangat menghargai sumbangan yang diberikan kepada cucunya itu.

“Saya ucapkan bebanyak terima kasih kepada Datuk Saifuddin dan isteri yang sudi mengunjungi kami serta memberi sumbangan sempena Tahun Baru Cina ini,” katanya.

Keluarga dua kanak-kanak pesakit kanser merakam kenangan bersama Saifuddin dan isteri.

Bagi Kok Hui Ling, 36, ibu kepada Phua Jay Kit mengakui anaknya itu sangat teruja dengan kehadiran Datuk Saifuddin dan isteri.

“Tak sangka anak saya begitu teruja dan ceria sekali. Terimakasih kepada datuk dan datin,” katanya.