Elak penularan, pesakit koronavirus perlu naik ambulan

Presiden PERDIM, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, peraturan berkenaan antara yang ditaklimat berkaitan wabak 2019-NCoV yang disampaikan oleh Jabatan Kesihatan negeri kepada semua pengamal perubatan di sektor kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini baru-baru ini.

Pengamal perubatan dan pengusaha klinik dalam kalangan Pertubuhan Doktor-doktor Islam (PERDIM) perlu menghantar atau memindahkan pesakit koronavirus (2019-nCoV) ke unit kecemasan hospital dengan menggunakan ambulan.

Presiden PERDIM, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, peraturan berkenaan antara yang ditaklimat berkaitan wabak 2019-NCoV yang disampaikan oleh Jabatan Kesihatan negeri kepada semua pengamal perubatan di sektor kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini baru-baru ini.

“Kita dari kalangan doktor selari dengan panduan ini serta menitik beratkan arahan yang diberi oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan negeri.

“Antara peraturan berkaitan, pesakit yang mengalami komplikasi penyakit berjangkit ini perlu dipindahkn oleh ambulans dari klinik swasta serta ditemani oleh petugas kesihatan yang lengkap dengan peralatan ‘Personal Protection Equipment’ (PPE)”, katanya ketika dihubungi .

Katanya, peraturan itu tepat bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak apabila pesakit bertemu atau berdekatan dengan orang lain dan dilarang menggunakan kenderaan awam.

Katanya, beliau dan Naib Presiden Perdim, Dr Boi Saidi Abdul Razak yang menghadiri taklimat Jabatan Kesihatan Negeri, kelmarin telah meminta semua ahli pertubuhan itu di seluruh negara mematuhi peraturan itu.

“Kita mengambil langkah berjaga-jaga khususnya kerana ada pelancong dari negara China mengunjungi pusat pelancongan terkenal di sini (Pahang),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Shukri berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan empat kes disyaki dijangkiti koronavirus dikesan di negara ini.

Kes itu dikesan selepas pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerima laporan berhubung wabak berkenaan.

Katanya, sehingga ini pihak kementerian telah menerima pelaporan sebanyak 4 kes yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV.

“Sebaik sahaja dikesan, mereka (pesakit) telah dimasukkan ke wad pengasingan bagi membolehkan rawatan dan penyiasatan lanjut dijalankan.

” Ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik tiga pesakit pertama didapati negatif dengan jangkitan 2019-nCoV,” katanya.

Beliau berkata, kes terbaharu wabak itu melibatkan seorang pelancong telah dimasukkan ke wad pengasingan di sebuah hospital di Sabah pada 22 Januari (Rabu) dan ia dilaporkan dalam keadaan stabil.