Warga emas di rumah orang tua tidak dilupakan

Bagi menambah keceriaan golongan itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah bersama isterinya, Datin Norlin Shamsul Bahri telah melawat Rumah Orang Tua Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hua Kuantan di Bukit Ubi.

Sempena Tahun Baru Cina 2020, golongan warga emas yang menghuni rumah orang tua sudah tentu tidak dilupakan.

Bagi menambah keceriaan golongan itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah bersama isterinya, Datin Norlin Shamsul Bahri telah melawat Rumah Orang Tua Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hua Kuantan di Bukit Ubi, di sini, semalam.

Dalam program itu, beliau yang juga Menteri Luar Negeri bersama isteri bermesra dengan 29 warga emas dan menyerahkan sumbangan sempena Tahun Baru Cina.

Penyelia Rumah Orang Tua Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hua Kuantan, Dannie Loong Siew Fang mengucapkan terima kasih kepada Datuk Saifuddin yang sudi datang melawat dan memberikan sumbangan kepada warga emas di bawah seliaannya.

Beliau turut berharap lebih banyak pihak dapat menghulurkan bantuan bagi menampung kos pengurusan rumah orang tua itu.