Coronavirus: Menteri Luar Negeri hargai pengorbanan warga Kedutaan Besar, Konsulat Jeneral di China

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, melalui hantaran di laman Facebooknya, berkata, semenjak timbulnya wabak jangkitan coronavirus, pihak Kedutaan dan pejabat-pejabat Konsul Jeneral Malaysia di China sentiasa memantau dan memberi laporan terkini berhubung perkembangan wabak itu.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai dan Xi’an telah berusaha serta memberikan komitmen tinggi dalam membantu rakyat Malaysia berhadapan dengan wabak coronavirus 2019-nCoV di China.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, melalui hantaran di laman Facebooknya, berkata, semenjak timbulnya wabak jangkitan coronavirus, pihak Kedutaan dan pejabat-pejabat Konsul Jeneral Malaysia di China sentiasa memantau dan memberi laporan terkini berhubung perkembangan wabak itu.

Mereka turut menghubungi rakyat Malaysia yang telah berdaftar di Kedutaan atau Pejabat Konsul Jeneral di seluruh China bagi memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia terjaga dan dipelihara,” katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada wakil-wakil kerajaan Malaysia di China itu.

Menurut hantaran itu lagi, Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah menubuhkan satu Emergency Response Team (ERT) bagi tujuan tersebut.

Kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, mereka bekerja sepanjang masa tanpa mengenal penat lelah walaupun di sepanjang percutian Tahun Baru Cina demi rakyat Malaysia.

“Usaha kita belum berakhir selagi wabak jangkitan coronavirus masih belum dapat dibendung sepenuhnya. Saya hargai segala pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh semua pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar atau Konsulat Jeneral.

“Semoga segala usaha dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan akan diteruskan,” katanya.

Gambar: Kedutaan Besar Malaysia di Beijing