Fakta lengkap dan kesimpulan, ini pandangan aktivis kesihatan berkaitan coronavirus

Apakah larangan masuk atau travel ban adalah suatu agenda dalam pentas politik atau senjata ampuh kesihatan awam bagi mengekang sebaran jangkitan global?

LARANGAN PERJALANAN (SEKATAN MASUK).

Mainan di Pentas Politik atau Senjata ampuh Kesihatan Awam?

2019-nCoV (WUHAN Coronavirus).

Fakta.

1. 2019-nCoV belum merebak sebagai jangkitan tempatan di mana2 negara dunia. Yang ada hanyalah “imported cases” ie pesakit dari China.

2. Travel ban untuk penyakit mula di buat pada tahun 1337 dimana kapal yang disyakki membawa kes “black death” di larang masuk ke City of Dubrivnik selama 40 hari.

i. 2003 : Wabak SARS di China.

ii. 2014 – 2016 : Wabak Ebola di Afrika

iii. 2020 : 2019-nCoV – Wuhan, China mempunyai sebab-sebab tertentu setelah pengalaman buruk China menguruskan wabak SARS dan persepsi negatif terhadap pengurusan mereka wabak tersebut diperingkat komuniti kesihatan dan ekonomi global.

3. Beberapa kajian yang di jalankan secara epidemiology dan modelling mendapati ” travel ban” atau larangan masuk tidak begitu berkesan dalam menghentikan perebakan jangkitan penyakit. Malah menimbulkan ” false sense of security” di kalangan penduduk dan pentadbir kerajaan. Antara kajian-kajian tersebut ialah:

i. Travel ban sekitar tahun 1980 bagi HiV/AIDS.

ii. Larangan terbang (flight ban) post 9/11, tidak memberi kesan ketara dalam sebaran penyakit flu yang membawa maut.

iii. Jangkitan Selsema Burung H5NI Avian Flu pada tahun 2006.

iv. Swine Flu H1NI, 2009. Hanya melewatkan sebaran dalam 3 hari, tapi tidak menghentikan sebaran jangkitan.

v. SARS, 2003.

4. Kesimpulan:

i. Travel ban atau larangan masuk dari lokasi penyakit tidak begitu berkesan menghentikan sebaran jangkitan.

iii. Terdapat kesan negatif ekonomi dan social kepada negara dan global.

iii. Merencat aktiviti/ amalan pencegahan diri dan tempatan akibat ” sense of security ” di kalangan penduduk dan pentadbir negara.

iv. Senjata yang paling ampuh, BERKESAN dalam mengawal dan menghentikan sebaran jangkitan ialah:

a) AMALAN KEBERSIHAN & PERLINDUNGAN DIRI
b) PEMAKANAN YANG BAIK
c) MENGHADKAN PERJALANAN/AKTIVITI di tempat awam sendiri oleh pesakit/mereka yang berisiko.
d) Contact tracing dan pengurusan kes dan suspected yang menyeluruh.
e) Saringan yang ketat di pintu masuk antarabangsa.

Akhirnya, bagi sesebuah negara, tindakan yang paling utama ialah mengikut nasihat dan peraturan yang telah di tetapkan oleh WHO dalam PHEIC.

Di seluruh dunia, isu ini dilihat sebagai
– Apakah larangan masuk atau travel ban adalah suatu agenda dalam pentas politik atau senjata ampuh kesihatan awam bagi mengekang sebaran jangkitan global?

Jawapan bergantung kepada kepahaman, persepsi dan kecondongan pemikiran dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan mereka.

Catatan.

Dato’ Dr Zainal Ariffin bin Omar.
Aktivis Kesihatan Awam dan Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam.
Amaravilla, Seremban.
27.01.2020