Tiba-tiba banjir di Lipis

Kejadian banjir disebabkan air daripada sebatang sungai berhampiran melimpah dengan cepat.

Hujan lebat selama kira-kira enam jam bermula pukul 1 pagi tadi menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di sekitar Kampung Keledek di sini.

Kejadian banjir disebabkan air daripada sebatang sungai berhampiran melimpah dengan cepat.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, seramai 68 orang daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

“Semua mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Kampung Keledek dan dibenarkan pulang secara berperingkat selepas air beransur surut.

“Pada masa ini pihak berkuasa masih melakukan pemantauan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,”katanya.