Fitnah kakitangan awam: PH Rompin lapor polis

Penyelaras Parlimen Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, berdasarkan lukisan itu ia seolah menggambarkan kakitangan awam tiada integriti dan menyalahgunakan kuasa kerana melepaskan pemandu mabuk serta pesakit coronarvirus walaupun telah diperiksa.

Pakatan Harapan (PH) Rompin membuat laporan polis berkaitan lukisan kartun yang tular di media sosial.

Paparan kartun itu disifatkan satu bentuk fitnah terhadap kakitangan kerajaan dan penguatkuasa undang-undang negara ini.

Penyelaras Parlimen Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, berdasarkan lukisan itu ia seolah menggambarkan kakitangan awam tiada integriti dan menyalahgunakan kuasa kerana melepaskan pemandu mabuk serta pesakit coronarvirus walaupun telah diperiksa.

Screenshot kartun yang didakwa memfitnah kakitangan awam di negara ini.

“Kita minta pelukis dan penyebar imej kartun ini menunjukkan di mana dan jabatan mana yang berlaku insiden sedemikian.

“Siasatan akan dibuka di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya dan Multimedia, Akta Fitnah dan Akta Hasutan,” katanya.

Mohd Fadzli (duduk,tengah) sedang memberi penerangan kepada wakil-wakil PH yang hadir berkaitan laporan polis yang dibuat.

Turut sama ketika laporan polis dibuat wakil parti komponen PH di Rompin, PKR dan Bersatu.