Video tular berniat jahat, PKR Rompin lapor polis

Video berkenaan yang bertajuk 'PKR melarang Al-Quran sebagai kitab rasmi umat Islam' adalah tidak benar sama sekali.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rompin membuat laporan polis berkaitan penularan sebuah video yang didakwa berniat jahat.

Video berkenaan yang bertajuk ‘PKR melarang Al-Quran sebagai kitab rasmi umat Islam’ adalah satu laporan yang sangat tidak berasas.

Penyelaras Dun Tioman, Khairul Bahri Abdul Samad, berkata, klip video berniat jahat untuk memberi gambaran buruk terhadap PKR.

Menurutnya, Perlembagaan PKR amat jelas menyatakan berkaitan kedudukan agama Islam di negara ini.

“Ingin saya nyatakan, menurut Perlembagaan PKR Fasal 5.5 menjelaskan bahawa matlamat perjuangan PKR adalah untuk menghayati Islam sebagai agama persekutuan.

“Justeru laporan video itu amat tidak tepat dan laporan polis yang dibuat ini bagi mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Khairul Bahri turut menzahirkan terima kasih kepada JK PH Parlimen Rompin dari parti Amanah dan Bersatu turut sama ketika membuat laporan polis.