Dzulkefly: Jual aiskrim lebih mudah dari banteras dadah

Bercakap di forum mengenai polisi dadah, Dzulkefly berkata beliau mengakui sukar untuk memperkenalkan dasar baru bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

Seseorang ahli politik itu patut menceburi bidang perniagaan menjual ais krim sekiranya mereka mahu memuaskan hati semua pihak, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini.

Malaysiakini melaporkan, bercakap di forum mengenai polisi dadah, Dzulkefly berkata beliau mengakui sukar untuk memperkenalkan dasar baru bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

Ini terutamanya kerana rancangan itu telah disalahfaham sebagai cubaan untuk menghalalkan penyalahgunaan dadah, katanya.

Menurut menteri kesihatan dengan memperkenalkan polisi dekriminalisasi (tidak menjadikan penagih dadah penjenayah), beliau bukan cuba untuk meraih keuntungan politik, sebaliknya berbuat demikian untuk membantu penagih dadah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

“Saya tidak fikir para ahli politik di negara ini patut cuba untuk memuaskan hati semua orang. Satu-satunya cara anda boleh memuaskan hati semua orang adalah dengan menjual ais krim. Tetapi itu pun anda akan dapat banyak kritikan.

“Masalah (salah guna) dadah adalah isu nyata yang memberi kesan terhadap semua lapisan masyarakat di Malaysia.

“Sepanjang hidup kita, kami pasti akan kenal seseorang yang bergelut dengan masakah ketagihan dadah.

“Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghentikan pengedaran dadahtetapi juga memfokuskan kempen pencegahan dadah yang berkesan dan menjadikan rawatan ketagihan dadah lebih mudah untuk diakses,” katanya.