59 pekerja kilang terdedah gas ammonia

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.42 malam tadi dan tiba ke lokasi pada 12.06 pagi ini.

Seramai 59 pekerja terdedah dengan gas ammonia yang bocor di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kulim Hi Tech di Kulim, dalam kejadian lewat malam tadi.

Memetik laporan Bernama, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.42 malam tadi dan tiba ke lokasi pada 12.06 pagi ini.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati melibatkan kebocoran gas ammonia berpunca daripada saluran paip gas ke production telah bocor di setor kilang itu,” katanya kepada pemberita di Alor Setar, Kedah hari ini.

Beliau berkata semua 59 pekerja kilang yang berada di kilang itu semasa kejadian, masih belum dikenal pasti bangsa serta jantina mereka.

“Komander operasi melaporkan seramai 49 orang mengalami muntah-muntah dan 10 orang di hantar ke hospital dan dirawat di zon kuning,” katanya.

Katanya, tindakan awal bomba adalah membuat ‘decon’ pada kesemua mangsa bagi meneutralkan gas itu sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Foto: BH Online