Malam Santai seni medan cungkil bakat anak muda

Diilhamkan oleh Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir, program ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu deklamasi sajak dan puisi, lagu tradisional atau lagi daerah di Pahang, live band atau buskers yang terbuka untuk golongan muda serta pelajar.

Masa lapang golongan muda atau pelajar sekolah pada malam minggu di Temerloh boleh dipenuhi dengan aktiviti sihat sekali gus menghindarkan mereka daripada gejala negatif.

Malam Santai Seni di Laman Esplanade Temerloh adalah lokasi tepat untuk dikunjungi pada setiap malam minggu yang bakal menjadi medan mencungkil bakat seni anak muda tempatan.

Diilhamkan oleh Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir, program ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu deklamasi sajak dan puisi, lagu tradisional atau lagi daerah di Pahang, live band atau buskers yang terbuka untuk golongan muda serta pelajar.

Semua dijemput hadir malam ini.

Menurutnya, Laman Esplanade pula dipilih agar dapat mempromosikannya sebagai tempat tarikan pengunjung dari luar mahu pun warga tempatan.

“Saya menjemput dan mengalu-alukan warga Temerloh atau sesiapa juga untuk hadir ke program ini yang akan diadakan pada setiap Sabtu malam di Esplanade Temerloh.

“Marilah kita bersama-sama menghayati dan menghargai seni yang akan dapat mencungkil bakat-bakat baru anak muda tempatan yang kita harapkan sebagai generasi akan datang ini,” katanya.

Sebagai peminat seni, beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, turut mengakui kini sedang menulis sebuah buku puisi yang bertajuk ‘Manusia dan Perjuangan’ yang sedang dicetak dan bakal dilancarkan.