Abam Bocey meninggal dunia

Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey dilapor meninggal dunia di kediamannya di Gombak hari ini.

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey dilapor meninggal dunia di kediamannya di Gombak hari ini.

Sinar Harian melaporkan, berita sedih dan mengejutkan itu dimaklumkan adik Abam kepada Astro Gempak pagi ini.

Sumber: Facebook Sinar

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” ujar Ali seperti dilapor Astro Gempak.