Bekas Adun Jelai meninggal dunia

Allahyarham yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri itu meninggal dunia pada jam 6 pagi tadi.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Sri Dr Omar Othman telah kembali kerahmatullah pada jam 6 pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas Adun Jelai sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di Kuantan Medical Centre (KMC) di sini.

Takziah kepada keluarga Allahyarham dan didoakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.