Fuziah Salleh kecewa

Ia dipercayai ada kaitan satu laporan berita yang memetik sumber mengatakan kabinet telah bersetuju secara dasarnya melanjutkan lesen operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan selama tiga tahun hingga 2023.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh awal pagi ini membuat hantaran berbaur kekecewaan dan kesedihan di Facebooknya.

“Of course I’m very disappointed (emoji tangisan) 12 tahun berjuang,” petik hantaran itu.

Tangkap layar hantaran Facebook Fuziah Salleh.

Ia dipercayai ada kaitan satu laporan berita yang memetik sumber mengatakan kabinet telah bersetuju secara dasarnya melanjutkan lesen operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan selama tiga tahun hingga 2023.

Sumber yang memberitahu Malaysiakini semalam dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Lynas mendapat kelulusan daripada kabinet selepas syarikat Australia itu memenuhi tiga syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, kata satu lagi yang dekat dengan kerajaan.

Netizen yang memberikan komen di hantarannya itu rata-rata rata-rata turut menzahirkan kekecewaan.

Fuziah Salleh yang menggalas mandat rakyat sejak PRU12 sebagai Ahli Parlimen Kuantan merupakan antara individu yang lantang menentang kewujudan kilang berkenaan.

Foto: Free Malaysia Today