Isu hina Islam dalam tindakan – Mujahid

Butiran peruntukan yang boleh diguna pakai adalah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa beliau memberi perhatian serius terhadap isu menghina Islam.

Menurut hantaran di Facebooknya, tindakan sedang diambil pihaknya dan sangat berterima kasih kepada pihak polis kerana bertindak atas isu ini.

Tambahnya, butiran peruntukan yang boleh diguna pakai adalah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan pula merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

“Seksyen 233 AKMM 1998 pula berkait penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” memetik hantaran Facebook itu.