Pemandu dipercayai mabuk nyaris rempuh polis

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Zani Che Din berkata, anggota polis berkenaan sedang bertugas mengawal lalu lintas dalam kemalangan jalan raya pada jam 4.05 pagi.

Seorang anggota polis nyaris dirempuh sebuah kereta disyaki dipandu pemandu mabuk di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Zani Che Din berkata, anggota polis berkenaan sedang bertugas mengawal lalu lintas dalam kemalangan jalan raya pada jam 4.05 pagi.

“Anggota berpangkat koperal berkenaan meletakkan kereta peronda polis di belakang kereta yang terlibat dalam kemalangan.

“Tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan dari arah belakang merempuh kereta peronda itu,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

“Pemandu kenderaan itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.