Suri rumah direman acu pisau ke arah mertua

Perselisihan faham timbul apabila mangsa yang berusia 52 tahun cuba menghalang suspek balik ke rumah keluarganya di Felda Keratong, Muadzam Shah selepas berselisih faham dengan suaminya.

Akibat mengacukan pisau ke arah ibu mertua, seorang suri rumah ditahan pihak polis sekitar jam 12 tengahari semalam di sebuah rumah di Taman Chatin Court dekat Temerloh, Pahang.

Perintah reman selama tiga hari ke atas suspek berusian 27 tahun itu bermula hari ini dikeluarkan Majistret Ti Pei Si di Mahkamah Temerloh bagi membantu siasatan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 5 Februari lalu sekitar jam 1 petang di ruang tamu sebuah rumah di Taman Chatin Court dekat Temerloh, Pahang.

Perselisihan faham timbul apabila mangsa yang berusia 52 tahun cuba menghalang suspek balik ke rumah keluarganya di Felda Keratong, Muadzam Shah selepas berselisih faham dengan suaminya.

Tiba-tiba suspek mengambil sebilah pisau di dapur dan mengacukan berulang kali  ke arah mangsa.

Mangsa yang bimbang dengan keselamatannya telah membuat laporan polis di balai polis Mentakab.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.