Kesaksamaan gender dan elemen feminis dalam pentadbiran

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagi jawatan Jusa C kementeriannya berjaya menempatkan 35 peratus kakitangan wanita dan beliau yakin peratusan sama dapat diperuntukkan bagi A dan B.

Kementerian Luar Negeri optimis memastikan sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam pentadbirannya berjaya dicapai selewat-lewatnya tahun ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagi jawatan Jusa C kementeriannya berjaya menempatkan 35 peratus kakitangan wanita dan beliau yakin peratusan sama dapat diperuntukkan bagi A dan B.

Menurutnya, kesaksamaan gender dan pendekatan feminis dalam pentadbiran amat penting kerana wanita lebih sistematik dan sangat membantu.

“Tambahan elemen kewanitaan itu lazimnya akan memberi kesan. Dalam dunia antarabangsa, di kawasan-kawasan konflik banyak usaha perundingan menggunakan perkhidmatan perunding wanita. Suatu ketika dahulu semua perunding adalah lelaki namun sekarang ramai wanita

“Pasukan tentera keamanan wanita juga sudah dilibatkan pegawai dan anggota wanita. Bahkan di Malaysia ketua hakim negara seorang wanita. Di dalam PDRM, ketua pasukan polis anti keganasan juga wanita.

“Wanita mampu mainkan peranan itu. Ini bukan soal kuota atau mengganti atau pesaing lelaki. Perkara ni agak abstrak tapi kita sudah melihat dalam keadaan tertentu penglibatan atau memasukkan elemen feminis dalam menangani disiplin lebih sistematik.

“Secara psikologi dalam urusan rumah tangga pun ibu mempunyai peranan yang unik yang ayah tak terbuat dalam membangunkan sahsiah anak anak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Pahang.

Program tersebut diadakan di Sekolah Menengah Kebngsaan Sultanah Hajjah Kalsom di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superentendan Muhammed Rizal Kamarudin; Guru Besar sekolah, Mazalina Mohamad dan Yang Dipertua PIBG, Mohd Zulkefli Ismail.

Pada program itu Saifuddin turut berpesan agar guru wanita meningkatkan peranan mereka dalam membantu mendidik disiplin dan membentuk sahsiah pelajar menerusi sentuhan feminis

Menurutnya, delegasi Malaysia dalam konferens itu akan diketuai isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, kementeriannya akan menganjurkan program berkaitan Gender Equality atau Persamaan Jantina sempena konferens wanita, Beijing Plus 25 di New York, September nanti.