102 kakitangan LKIM terima SSPN-i berjumlah RM1000

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pemberian sijil tersebut adalah sebagai rangsangan bahawa pendidikan merupakan teras pembangunan negara.

Julung kalinya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menghadiahkan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 kepada kakitangannya sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pemberian sijil tersebut adalah sebagai rangsangan bahawa pendidikan merupakan teras pembangunan negara.

“LKIM mempunyai lebih kurang 1,282 orang kakitangan yang berkhidmat bagi meningkatkan sosio-ekonomi nelayan dan memajukan industri perikanan negara.

“Di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, LKIM memikul cabaran besar bagi mengeluarkan nelayan daripada kelompok B40.

“Ia selaras dengan objektif Wawasan ini bagi menjadikan Malaysia negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) LKIM 2020 di Ramada Hotel, Melaka, semalam.

Dalam majlis itu, seramai 102 kakitangan LKIM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang memperoleh sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000.

Muhammad Faiz menyampaikan sijil SSPN-i kepada salah seorang kakitangan LKIM.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Pengarah LKIM, Datuk Jamaluddin Othman, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Encik Untong Keri dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, YM Raja Kahalid Raja Ariffin.