37 masjid Wilayah Jengka bantah fun fair

Timbalan Gabungan Masjid Felda Wilayah Jengka, Yunan Abdul Samad berkata, penganjuran fun fair di bandar itu perlu dibantah kerana banyak membawa gejala buruk terhadap penduduk khususnya golongan remaja.

Badan pengurusan 37 masjid dalam Wilayah Jengka membantah penganjuran taman hiburan (fun fair) kerana mencabar sensitiviti hampir 100 peratus penduduk Islam dan bumiputera di situ.

Timbalan Gabungan Masjid Felda Wilayah Jengka, Yunan Abdul Samad berkata, penganjuran fun fair di bandar itu perlu dibantah kerana banyak membawa gejala buruk terhadap penduduk khususnya golongan remaja.

“Kami badan gabungan masjid Wilayah Jengka membantahan dan rasa kecewa terhadap aktiviti fun fair yang sedang berlangsung sekarang dan perlu dihentikan segera.

“ Kami mendesak Majlis Daerah Maran ( MDM ) menarik permit kebenaran yang telah dikeluarkan demi menghormati bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan bakal menjelang agar umat Islam boleh fokus kepada amalan-amalan yang mulia ini,” katanya kepada media selepas nota bantahan kepada Kadi Jengka, Ahmad Zaharudin Mohd Alias disampaikan Setiausaha Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Ishak Abdul Ghani selepas solat Jumaat hari ini.

Katanya, pihaknya kesal ada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menghidangkan dengan aktiviti yang melalaikan dan membazir .

“Wilayah Jengka yang majoriti penduduknya di kalangan orang melayu Islam sepatutnya hiburan melampau sehingga berlarutan sebulan lamanya adalah tidak sesuai untuk diadakan di sini.

“ Difaham bahawa fun fair terakhir diadakan di sini pada tahun 2006. Sudah berbelas tahun dihentikan. Mengapa sekarang dimunculkan semula,” katanya

Tambahnya, sewajarnya MDM memikirkan bagaimana untuk membenteras gejala negatif yang berluasa di wilayah itu .

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Daerah Maran, Saharudin Jali turun padang ke tapak fun fair Jengka hari ini bagi memastikan elemen judi dalam permainanan yang ditawarkan.

Sehubungan itu, pihak media dalam tinjauan berharap isu dapat diatasi dan membenarkan fun fair terus beroperasi selagi tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan MDM.

“Dengan adanya aktiviti di Anjung Selera ini, peniaga yang berniaga di sini mendapat tambahan rezeki hasil kebanjiran pengunjung yang sebelum ini peniaga di sini mengeluh dan banyak gerai ditutup berikutan tiada pelanggan,” katanya.