200 terima sumbangan one off Pejabat Parlimen Temerloh

Sumbangan itu diberikan dalam bentuk tunai secara one off kepada penduduk yang layak di sekitar Parlimen Temerloh.

Bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik, seramai 200 orang menerima sumbangan daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Temerloh, hari ini.

Sumbangan itu diberikan dalam bentuk tunai secara one off kepada penduduk yang layak di sekitar Parlimen Temerloh.

Hajjah Azizah (dua,kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Mewakili Ahli Parlimen Temerloh, YB Haji Mohd Anuar Mohd Tahir, isterinya, Hajjah Azizah Che Mat, berkata, sumbangan itu diharapkan dapat membantu golongan itu.

“Mereka hari ini datang bertongkat, sakit kaki, tak sihat dan sakit jantung serta pelbagai masalah lain.

Hajjah Azizah menyampaikan salam Ahli Parlimen Temerloh, YB Haji Mohd Anuar Mohd Tahir kepada penerima yang hadir.

“Sumbangan ini diberikan secara one off dan akan diberikan lagi pada masa akan datang kepada individu-individu lain yang berkelayakan,” katanya pada sidang media selepas selesai menyerahkan sumbangan.

Turut hadir Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Ismail, Ketua ARiF Pahang, Norani Arshad dan Ketua Awan Temerloh, Ne Tahir.

Seorang penerima, Balamurugam a/l Badiappan, 45, berkata, bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau sekeluarga.

Balamurugam

Beliau dari Taman Tualang Indah, Mentakab, kini berstatus OKU selepas mengalami kemalangan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Temerloh atas sumbangan ini,” katanya.

Sementara itu, Hajjah Azizah turut menyampaikan salam daripada Ahli Parlimen Temerloh, YB Haji Mohd Anuar Mohd Tahir kepada penduduk di Parlimen Temerloh.

Sebahagian penerima sumbanhan yang hadir.

Beliau turut memberitahu bahawa Timbalan Menteri Kerja Raya itu kini semakin pulih dan tidak sabar untuk kembali bertugas serta bertemu dengan penduduk Temerloh.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan YB dan insyaALLAH dia semakin pulih serta tidak sabar untuk berkhidmat,” katanya.