MPK bersihkan pokok tumbang di jalan dekat trek rekreasi Bukit Pelindung

TAHNIAH Unit Tindakan Khas (UTK) Majlis Perbandaran Kuantan MPK

KUANTAN – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menerima laporan kes pokok tumbang di Jalan Pelindung 58, berhampiran trek rekriasi para pendaki Hutan Simpan Dara Bukit Pelindung kira kira jam 12.15 tengahari tadi.

Ketua Seksyen Perhubungan Awamnya, Norkamawati Kamal berkata, bertindak atas laporan itu sekumpulan lapan anggota UTK bergerak ke lokasi dan melakukan tugas tugas pembersihan

Menurutnya, dua jentera terlibat dan anggota menggunakan peralatan Chainsaw dan peralatan keselamatan untuk membersihkan lokasi tersebut yang telah menghalang lalu lintas.

Tindakan selesai sekitar jam 1.30 petang dan laluan tersebut boleh dilalui kenderaan semula.

Tamat

Dua jentera digunakan bagi kerja kerja pembersihan pokok tumbang