Peguam singkap kisah kematian penyanyi Along Spoon pada 1999

Masih ingat kisang Along Spoon? Siapa sahaja yang lahir sekitar 80 an pasti tidak betah untuk melupakan tragedi yang menimpa anak muda dengan nama sebenar Sabi’ul Malik Shafie ini.

Along ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada jam 1 pagi, 6 Januari 2000.

Sebelum itu, media melaporkan, Along didapati hilang pada 25 Disember 1999. Penulis merupakan salah seorang peminat setia kumpulan ini. Apa sahaja lagu lagunya boleh dihafal dengan baik. Bagaikan histeria bila dapat berita… idola remaja ini telah meninggal dunia

Waktu itu lagu Rindu Serindu-Rindunya sedang popular. Di era kegemilangannya… dia pergi penuh tragis.

Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

Pada 10 April 2002, Mohamed Ya’cob didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.

Pada 2 November 2010, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.

seorang peguam telah berkongsikan kronologi yang berlaku di sebalik kisah pembunuhan kejam Along Spoon menerusi Twitter Sir Kamarul.

Permulaan kepada perkongsian peguam.