Tiada rancangan untuk sidang media – Azmin

Spekulasi kedua-dua pemimpin kanan PKR itu bakal meninggalkan parti berkenaan sedang bertiup kencang dalam kalangan ahli politik.

I have no plans to hold any PC” (Saya tiada rancangan untuk buat sidang media).

Astro Awani melaporkan, itu kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui WhatsApp kepada Astro AWANI sebentar tadi.

Terdahulu, Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka buat satu “pengumuman penting” jam 3 petang ini dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Spekulasi kedua-dua pemimpin kanan PKR itu bakal meninggalkan parti berkenaan sedang bertiup kencang dalam kalangan ahli politik.