Dr M letak jawatan?

Gempar apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan meletakkan jawatannya.

Portal Malaysian Insight melaporkan Dr Mahathir sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pejabat Perdana Menteri dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status Perdana Menteri.

Difahamkan perkembangan terbaharu itu ada kaitan pensejajaran semula kuasa kepada pakatan baharu.