kabinet berubah? kerajaan bertukar?

ISU mengenai perubahan kabinet terus bertebaran bagaikan ombak besar membadai pantai… rakyat jelata tertunggu tunggu ….sekali gus membawa kepada teka teki mungkinkah akan berlaku pertukaran kerajaan?

Sejak semalam, berita berita mengenai pertemuan pucuk pimpinan besar dan tertinggi parti sudah berlegar di media massa. Persoalannya, apakah yang sedang berlaku?

Media berkampung di Istana Negara… tidak ketinggalan juga menjadi penunggu setia di pejabat pejabat kerajaan dan Jabatan Perdana Menteri serta pejabat Menteri Kabinet di Putrajaya. Biarpun tiada sidang media dapat dibuat namun berdasarkan pemerhatian jauh, sedikit demi sedikit desas desus yang bertebaran boleh terungkap.

Tindak tanduk menteri kemas meja dan balik lewat dari pejabat pun kini menjadi teka teki menggambarkan betapa besarnya ghairah rakyat untuk mengetahui sejauh mana dan apa yang bakal berlaku.

Semalam, sekitar jam 1130 malam telah tular satu senarai baharu menteri kabinet yang membariskan orang orang besar dari pucuk pimpinan UMNO dan PAS dicalonkan sebagai menteri kabinet baharu. Turut disebut siapakah bakal Perdana Menteri yabg bakal menggantikan Tun M. Nyatanya bukan disebut DS Anwar Ibrahim seperti yang diketahui umum bahkan dimahukan oleh Kem DSAI.


Senarai ini tentu sekali mengejutkan rakyat kerana nama DAP sama sekali tidak tersenarai. Jika dilihat dengan senario politik dan perundangan negara pada masa kini pun, pimpinan atau menteri DAP antara yang lantang membuat kenyataan mencabar perlembagaan dan perundangan negara bahkan ketua undang undang yg tertinggi juga telah membuat keputusan aneh apabila mencampuri urusan Kementerian Dalam Negeri. Maka tidak pelik jika senarai itu ADA KESAHIHANNYA jika tidak menyenaraikan menteri kalangan DAP dalam kabinet baharu. Namun segalanya hanya teka teki dan spekulasi sahaja kerana sehingga kini tiada pengumuman dan pengisytiharan dibuat.. apatah lagi sidang media rasmi.

Dalam senarai itu juga ada pucuk pimpinan dari PKR dengan palang Reformasi Negara. Mungkinkah ini nama baharu bagi Kem DS Azmin Ali? … wallahualam kerana segalanya kekal menjadi teka teki.

Umum tahu, perkara membabitkan perlembagaan kerajaan seperti ini, hanya Perdana Menteri Tun M sahaja yang boleh membuat keputusan itu pun di atas perkenan Ketua Negara, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Apapun ayuh kita berdoa kerana doa adalah senjata umat Islam yang paling kuat…

Daulat Tuanku! semoga keadilan buat rakyat jelata. Semoga martabat Agama Islam turut terpelihara dan berada di tempat tertinggi seperti termaktub pada asalnya… semoga keharmonian dan kedaulatan negara serta kemakmuran rakyat Malaysia kembali terpelihara.

Kami sayang Malaysia! Kami sayang sesama kami! Melayu Cina India Lain Lain Kaum dan Orang Asal bukan musuh selama ini… YA ALLAH satukan hati kami dan bantu kami hidup aman damai berpaksikan keadilan yang digariskan dalam ISLAM… Aamin Ya Rabb