KRONOLOGI pergolakan politik sejak Ahad. ini yang anda kena tahu

KRONOLOGI

peletakan jawatan secara mengejut oleh tun M senagai Perdana Menteri masih menjadi tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik di negara ini.

Berikutan beberapa perkara yang anda perlu tahu setakat ini: kredit Astro Awani

####

BERSATU UMUM KELUAR PH
1 tengah hari: Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Setakat ini, difahamkan PH terbubar selepas BERSATU mengumumkan keluar PH.

TUN M SERAH SURAT LETAK JAWATAN
1.20 tengah hari: Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

PKR PECAT AZMIN DAN ZURAIDA
2.30 petang: Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin dipecat sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution

ANWAR DAN AZIZAH MENGADAP AGONG

3.30 petang Anwar dan Azizah Wan Ismail meninggalkan Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira 40 minit.

Sebelum itu, beliau dilaporkan tiba di Istana Negara sekitar pukul 2.30 petang.

TUN M DIJANGKA MENGADAP
4.00 petang: Dr Mahathir dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.

Pertemuan ini dipercayai akan berlangsung selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

PIMPINAN TERTINGGI BERSATU ADAKAN MESYUARAT
4.15 petang: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu malam ini.

DAP KUTUK PERBUATAN KHIANAT PARTI
4.30 petang: DAP dalam sidang media sebentar tadi mengutuk perbuatan khianat beberapa pemimpin parti yang cuba untuk mewujudkan kerajaan baharu melalui pintu belakang.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, parti baharu yang dicadangkan bagi menggantikan PH dikenali sebagai Perikatan Nasional – gabungan parti UMNO, MCA, MIC, Bersatu dan segelintir pemimpin yang dipecat dari PKR.

DAP DAKWA KEPUTUSAN LETAK JAWATAN  TUN M KERANA TUN TIDAK SANGGUP KEJEAAMA NGAN UMNO
Dalam pada itu, Guan Eng mendakwa keputusan Dr Mahathir untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana bekas Pengerusi Bersatu itu tidak sanggup untuk bekerjasama dengan UMNO.

Perkara itu dakwa Guan Eng telah dimaklumkan oleh Dr Mahathir ketika beliau membuat pertemuan di rumahnya, pagi tadi.

DAP SYOR TUN M KEKAL PM
4.40 petang: DAP memaklumkan akan mengesyorkan agar Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri, demikian kata Lim Guan Eng.

Syor berkenaan akan dicadangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH yang dijangka diadakan malam ini.

TUN M TIBA DI ISTANA
4.45 petang: Dr Mahathir dilaporkan tiba di Istana Negara sebentar tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

AGONG BELANJA MEDIA KFC
5.00 petang: Kepenatan pengamal media terubat selepas Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi berkenan menjamu wartawan dan jurukamera yang bertugas di hadapan Istana Negara dengan ayam goreng KFC.

ANWAR MAKLUMKAN DIA RAYU TUN M
5.30 petang: Anwar memaklumkan telah merayu kepada Dr Mahathir supaya tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian sebaik meninggalkan Istana Negara, sebentar tadi.

BANK NEGARA PANTAU RINGGIT
5.15 petang: Bank Negara pantau pergerakan ringgit

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan pihaknya sedang memantau pergerakan ringgit dalam pasaran susulan perkembangan terbaru dalam landskap politik negara.

“Memandangkan perkembangan baru-baru ini yang sedang berlaku, kami sedang memantau keadaan pasaran kewangan.

“Pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran, operasi pasaran BNM akan memastikan kecairan yang mencukupi dan keadaan pasaran kewangan yang teratur,” demikian BNM dalam satu kenyatan, hari ini.

TUN M TIBA DI KEDIAMAN DARI ISTANA
6:40 petang:  Dr Mahathir tiba di kediaman peribadinya dari Istana Negara.

PARTI WARISAN SABAH ZAHIR SOKONGAN
5.40 petang: Parti Warisan Sabah sebentar tadi menzahirkan sokongan buat Dr Mahathir untuk terus kekal berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Presidennnya Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan hari ini berkata kepemimpinan parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat Sabah.