Dr M rayu pimpinan Bersatu tidak desak langgar janji peralihan kuasa

Jelas Kadir, kejadian itu berlaku dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang membincangkan masa depan Bersatu dalam PH, yang berlangsung Ahad lalu.

Tokoh veteran A Kadir Jasin mendedahkan Dr Mahathir Mohamad merayu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu agar tidak memaksanya melanggar janji berhubung peralihan kuasa.

Jelas Kadir, kejadian itu berlaku dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang membincangkan masa depan Bersatu dalam PH, yang berlangsung Ahad lalu.

“Pada mesyuarat itu, Mahathir menjelaskan mandat yang diberikan Majlis Presiden PH pada mesyuarat 21 Feb.

“Beliau merayu kepada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi untuk tidak memaksanya mengenepikan prinsip dan melanggar janjinya (untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas Sidang Apec pada Nov),” katanya dalam tulisan di blognya hari ini.