Mohd Azam kini ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pahang

KUANTAN – Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Sentul, Superintendan Mohd Azam Ab Razak, kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, berkuatkuasa hari ini

Majlis serah tugas telah diadakan sekitar jam 8.20 pagi tadi di IPK Pahang disaksikan oleh Ketua Polis nya Datuk Abd Jalil Hassan dan pegawai tertinggi polis Kontinjen Pahang.

Mohd Azam, 44, berasal dari Kelantan merupakan graduan Master Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau menggantikan pemegang terdahulu iaitu Pemangku Asisten Komisioner Lam Thiat Huat yang telah berkhidnat selama 4 tahun 2 bulan dan akan bertugas di Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (perundangan siasatan).

Terdahulu Mohd Azam bertugas selama 10 bulan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, Selangor dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka pada 2014. Ketika itu Abd Jalil berkhidmat sebagai Ketua Polis Melaka.

Dari kiri Thian Huat menandatangani dokumen serah tugas dosaksikan Abd Jalil (tengah) sebelum menyerahkannya kepada Mohd Azam (kanan)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah pada 2011.

Tamat