PH dijangka bentuk kerajaan semula

Ditanya mengenai kemahuan Umno dan PAS agar pilihan raya umum diadakan, Khalid berkata, mesyuarat tadi tidak membincangkan hal tersebut.

Pakatan Harapan dijangka akan membentuk kerajaan sekali lagi dengan memperolehi majoriti mudah, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Malaysiakini melaporkan, ditemui di luar Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Khalid berkata banyak isu dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH petang tadi.

Ditanya keyakinannya PH akan mendapat majoriti di Dewan Rakyat, Khalid berkata: “Insya-Allah, (tapi) majoriti dua per tiga adalah hal masa lalu. Majoriti mudah, mencukupi,” katanya.

Ditanya mengenai kemahuan Umno dan PAS agar pilihan raya umum diadakan, Khalid berkata, mesyuarat tadi tidak membincangkan hal tersebut.

“Tak, kami tidak membincangkannya.

“Mengapa kita perlu bazirkan wang untuk pilihan raya apabila kita oleh dapat (majoriti) yang jelas,” katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata PH mencapai persetujuan dalam mesyuarat hari ini, namun hanya akan mengumumkannya esok.

Ditanya mengenai calon perdana menteri yang disepakati PH, Salahuddin berkata: “Esok.”