MP Ranau nafi sertai Azmin

Pengumuman itu dibuat hanya tiga hari selepas sekumpulan 11 ahli parlimen PKR mengumumkan keputusan mereka menjadi ahli parlimen bebas.

Seorang daripada ahli parlimen PKR yang dinamakan sebagai mengikut Azmin Ali meninggalkan parti itu hari ini mendakwa beliau tidak terlibat dalam langkah tersebut.

Malaysiakini melaporkan, Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, berkata beliau masih kekal sebagai ahli parlimen PKR.

Pengumuman itu dibuat hanya tiga hari selepas sekumpulan 11 ahli parlimen PKR mengumumkan keputusan mereka menjadi ahli parlimen bebas.

“Untuk rekod, saya masih dalam PKR. Saya juga menafikan memberi persetujuan meninggalkan PKR.

“Saya akan menjelaskan hal ini kepada jawatankuasa dan biro (parti) petang ini,” katanya di Facebook.