Muhyiddin bertemu Dr M di Perdana Putra

Difahamkan, satu pertemuan diadakan bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Perdana Putra di sini sebentar tadi.

Sinar Harian melaporkan, kenderaan yang membawa Muhyiddin memasuki bangunan berkenaan pada jam 2.20 petang.

Difahamkan, satu pertemuan diadakan bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya mengesahkan Dr Mahathir menerima kembali jawatan itu selepas melepaskannya Isnin lalu.