Parlimen bersidang 2 Mac tentukan siapa PM

Yang di-Pertuan Agong mendapati tidak ada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan, kata Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad.

Yang di-Pertuan Agong mendapati tidak ada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan, kata Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad.

“Dan kerana tidak ada majoriti jelas, Seri Paduka berkata forum yang betul adalah di Dewan Rakyat

“Jadi parlimen akan bersidang pada 2 Mac (Isnin depan) untuk menentukan siapa mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

“Bagaimanapun, jika Dewan Rakyat gagal menamakan pemimpin yang mempunyai majoriti, kita perlu mengadakan pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.