Agong perkenan keputusan Speaker Dewan Rakyat

Hal itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin, dalam kenyataannya sebentar tadi.

Setakat ini Yang di-Pertuan Agong masih belum dapat memutuskan ahli parlimen mana yang mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat, lapor Malaysiakini.

Hal itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin, dalam kenyataannya sebentar tadi.

Kata Ahmad Fadli, tindakan seterusnya yang akan diambil Agong ialah berhubung dengan semua parti yang memiliki wakil di Dewan Rakyat.

Kata Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan dengan keputusan speaker Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin depan.