Azmin hanya ‘curi’ kredit atas pengumuman pakej rangsangan ekonomi

Bagaimanapun pembantu Azmin, Woon King Chai, tampil membela ahli parlimen Gombak itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengecam Azmin Ali kerana dilihat cuba mengambil kesempatan menaikkan namanya dengan pengumuman pakej rangsangan ekonomi diumum Mahathir Mohamad semalam, lapor Malaysiakini.

“Awak yang merosakkan suasana pelaburan dan ekonomi serta politik negara melalui ‘langkah si kitol’! Lepas tu nak curi credit untuk kerja keras (Lim) Guan Eng? Amat sangat memalukan! Have you no shame!

“Awak ingat rakyat akan keliru dengan kenyataan ini? Anggap awak ambil berat? No way!” ciapnya di Twitter.

Hal sama turut dibangkitkan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.

“Semasa anda berkomplot utk menjatuhkan Kerajaan PH, pegawai Kementerian Kewangan dan pegawai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sedang bekerja untuk menyediakan pakej stimulus ini… #NoShame,” ciapnya.

Bagaimanapun pembantu Azmin, Woon King Chai, tampil membela ahli parlimen Gombak itu.

Kata Woon, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (yang diketuai Azmin sebelum ini) juga bekerja keras untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pakej tersebut.