Bapa tiri direman lakukan amang seksual

Perintah reman ke atas suspek berusia 57 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Temerloh, Hayatul Hafifie Hisham, hari ini.

Padah melakukan amang seksual ke atas anak tiri berusia 10 tahun, seorang lelaki direman tujuh hari selepas ditahan pihak polis, tengah malam tadi di sebuah rumah di Felda Kumai, Bera.

Perintah reman ke atas suspek berusia 57 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Temerloh, Hayatul Hafifie Hisham, hari ini.

Berdasarkan keterangan kes, sekitar jam 1 pagi 26 Februari lalu di sebuah rumah di Paya Pulai, Temerloh, pengadu yang merupakan ibu mangsa sedang tidur dan terjaga bila suspek keluar dari bilik tidur ke ruang tamu.

Berasa curiga dengan tindak-tanduk suspek, pengadu bangun untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut melihat suspek berada berdekatan mangsa sambil menggosokkan kemaluannya berulang kali pada peha mangsa yang sedang tidur.

Pengadu bertindak menegur suspek namun dia hanya diam dan menggelengkan kepala sebelum keluar meninggalkan rumah.

Bimbang dan takut dengan kelakuan suspek itu, pengadu bertindak membuat aduan di Balai Polis Temerloh pada hari sama.

Hasil siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod lampau di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta disebat.