Gabungan Umno, Pas sokong Muhyiddin sebagai PM ke-8

Gabungan Muafakat Nasional, PAS dan Umno bersetuju untuk menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Keputusan itu dibuat menerusi satu kenyataan media bersama Muafakat Nasional yang ditandatangani oleh kedua-dua Setiausaha Agung parti terbabit, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tan Sri Annuar Musa.

Kedudukan terkini gabungan ini adalah Bersatu 36 kerusi manakala Umno dan Pas 57 kerusi.

Kenyataan media Muafakat Nasional.