Hasni angkat sumpah MB Johor

Hasni sedang mengangkat sumpah pada satu majlis di Istana Bukit Serene di hadapan Sultan Ibrahim Ismail.

Biar pun disanggah Adun Pakatan Harapan Johor yang memiliki 28 kerusi, Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad tetap mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru negeri itu.

Menurut laporan FMT, Hasni sedang mengangkat sumpah pada satu majlis di Istana Bukit Serene di hadapan Sultan Ibrahim Ismail.

Perkembangan ini selepas sultan memberikan izin kepada suatu gabungan baru yang terdiri daripada PPBM, Umno dan sekutunya dalam Barisan Nasional, dan PAS, untuk membentuk kerajaan negeri, susulan perpecahan Pakatan Harapan.

PH Johor hilang majoriti selepas PPBM keluar gabungan itu.