Kumpulan Azmin sertai Bersatu

Satu-satunya ahli parlimen yang tidak menyertai Bersatu ialah wakil kawasan Ranau, Jonathan Yasin.

Sumber yang dekat dengan kepemimpinan tertinggi Bersatu mengesahkan 10 ahli parlimen – diketuai Azmin Ali – menyertai parti itu hari ini, lapor Malaysiakini.

Satu-satunya ahli parlimen yang tidak menyertai Bersatu ialah wakil kawasan Ranau, Jonathan Yasin.

Untuk rekod, sebelum ini 11 ahli parlimen PKR mengumumkan keputusan mereka meninggalkan parti itu pada awal minggu ini.

Bagaimanapun semalam – melalui hantaran di Facebook – Jonathan menafikan beliau keluar PKR. Hantaran itu kemudian dipadam.